Saturday, 19 June 2010

PELADANG SETIU AGRO RESORT, SETIU







Peladang Setiu Agro Resort (PSAR)

PSAR terletak 89 km dari Kuala Terengganu dan 13 km dari Bandar Permaisuri melalui jalan Terengganu-Kota Bharu. Ia terletak di Mukim Guntong, Setiu, Terengganu.

Berkonsepkan agro pelancongan, ia memiliki beberapa keistimewaan seperti keindahan lanskap, kolam memancing & Keno, Taman Herba, Estate Kelapa Sawit, Kebun Buahan, Taman Tema, Taman Cendawan & Herba, dll;

Penginapan yang ada dikeliling oleh keindahan kolam dan hutan hujan tropikal. Ia juga menjadi tempat permulaan untuk ke Gunung Tebu.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut
http://www.agroresort.com/

Friday, 18 June 2010

PULAU PERHENTIAN, BESUT


Pulau Perhentian
Pulau ini terletak 21km dari pinggir pantai Terengganu dan terbahagi kepada dua iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil.

Lokasinya di pinggiran kawasan Taman Laut Pulau Redang bermakna perairan di sekitar pulau ini ditaburi terumbu karang dan menawarkan pemandangan bawah laut yang hebat untuk aktiviti menyelam skuba dan snokel. Lawatan bot ke pulau-pulau boleh diaturkan dan bot juga boleh disewa oleh pelancong yang ingin meneroka teluk-teluk yang terselindung. Pelancong yang gemarkan aktiviti meluncur papan air, belayar, berkenu dan memancing laut-dalam juga mesti berkunjung ke pulau ini.


Pengangkutan

Jalan Darat
Dari Kuala Terengganu, naiki teksi atau bas ke pelabuhan Kuala Besut. Pelabuhan ini terletak kira-kira sejam perjalanan di utara bandar Kuala Terengganu. Jeti untuk ke Pulau Perhentian terletak di sini.

Jalan Laut
Di Kompleks Perikanan, naiki bot yang menuju ke Pulau Perhentian. Perjalanan bot ke pulau ini memakan masa selama satu jam.

Talian Untuk Dihubungi

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu di talian : +609-622 1433 / 1893

Penginapan

Pulau berkembar ini menawarkan pilihan hebat pelbagai jenis tempat penginapan dari rumah tumpangan yang murah hinggakan resort bertaraf 4-bintang. Jika anda ke sini untuk menyelam skuba, anda disarankan menempah tempat penginapan sebagai sebahagian dari pakej percutian menyelam yang merangkumi makanan, sesi menyelam dan tempat penginapan.

BUKIT KELUANG, BESUT




KOLAM AIR PANAS LA, BESUT




HUTAN LIPUR LATA TEMBAKAH, BESUT




HUTAN LIPUR LATA BELATAN








Thursday, 3 June 2010

Tuesday, 1 June 2010